Tujuh Jambatan Königsberg
Tujuh Jambatan Königsberg

Tujuh Jambatan Königsberg

Tujuh Jambatan Königsberg ialah satu masalah matematik bersejarah yang ternama. Penyelesaian negatifnya oleh Leonhard Euler pada tahun 1735 menjadi asas kepada teori graf dan memberi gambaran awal topologi.Bandar Königsberg di Prussia (kini Kaliningrad, Rusia) terletak di kedua-dua belah sungai Pregel, dan merangkumi dua buah pulau besar yang disambungkan antara satu sama lain dan dengan tanah besar oleh tujuh jambatan.Masalah matematiknya ialah mencari satu laluan untuk merentasi seluruh bandar yang melintasi jambatan-jambatan ini sekali dan hanya sekali. Pulau-pulau di bandar ini tidak boleh dicapai melalui cara lain kecuali dengan melintasi jambatan-jambatan ini, dan setiap jambatan perlu dilintasi sepenuhnya setiap kali. Dengan erti kata lain, seseorang tidak boleh melintasi satu jambatan, lalu berpatah balik di pertengahan jalan dan melintasi jambatan lain. Laluan itu tidak perlu bermula dan berakhir di tempat yang sama. Euler telah membuktikan bahawa masalah ini tidak ada penyelesaian. Semua laluan akan melintasi salah satu jambatan ini lebih daripada sekali. Masalahnya adalah pembangunan satu teknik analisis dan ujian-ujian selepasnya yang mendirikan pernyataan ini dengan rigor matematik.

Rujukan

WikiPedia: Tujuh Jambatan Königsberg http://googleresearch.blogspot.com/2009/06/large-s... http://www.jimloy.com/puzz/konigs.htm http://www.nonlinearbiomedphys.com/content/1/1/3 http://www.contracosta.edu/legacycontent/math/koni... http://www.contracosta.edu/math/ http://math.dartmouth.edu/~euler/docs/originals/E0... http://www.math.dartmouth.edu/~euler/pages/E053.ht... http://www.csc.ncsu.edu/faculty/stallmann/SevenBri... http://web.inter.nl.net/users/pauline/Koenigsberg.... http://www.math.canterbury.ac.nz/php/about/